Tuesday, August 10, 2010

05-013 : Selawat Antara Solat Tarawih

05-013 : Selawat Antara Solat Tarawih

Home - Soal JawabFeqah: Solat
Soalan:
Jika boleh mohon disegerakan jawapan.
Saya telah dilantik untuk membaca solawat semasa solat tarawih berjamaah di surau. Saya masih ragu2 untuk meneruskannya kerana bimbang ia adalah bid’ah. Persoalan saya adakah bacaan tersebut termasuk dalam bid’ah?
Terima kasih.
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Berselawat dianjurkan oleh syarak secara umum. Boleh dilakukan oleh mana-mana individu muslim bila-bila masa termasuklah antara rakaat2 sembahyang sunat.
Tetapi menganjurkan selawat dengan tatacara tertentu, dengan tertib tertentu, bacaan2 tertentu, dibuat secara beramai-ramai secara nyaring, dan ditetapkan pada setiap kali rakaat solat terawih, sebagaimana amalan masyarakat Melayu hari ini adalah satu bidaah, kerana menepati definisi bidaah.
Kerana Bidaah ialah: Satu bentuk amalan dalam agama, yang diada-adakan, yg menyamai syariat, dengan tujuan untuk berlebih2an dalam beribadat kepada Allah. (al-I’tisham 1/37).
Oleh itu, kami mencadangkan:
-jika anda berpengaruh dalam menentukan keputusan surau atau masjid, anda hendaklah mencadangkan supaya dimansuhkan amalan tersebut, dengan cara berhikmah.
-jika tidak mampu, hendaklah berlepas diri daripada menjadi ketua/ikutan dalam perkara bidaah. Sekurang2nya itu adalah satu tanda anda cuba mencegahnya dengan hati.
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

No comments:

Post a Comment