Wednesday, September 1, 2010

Iktikaf

Salam semua dan disebabkan ramai yang bertanya mengenai iktikaf maka berikut merupakan panduan iktikaf yang dipetik dari beberapa kitab dalam usaha kita merebut ganjaran dipusingan terakhir Ramadhan, menjadi juara di garisan penamat Ramadhan.

1. Definisi

Bahasa : Iltizam ( komitmen) dalam melakukan sesuatu pekerjaan

Syarak : tinggal di masjid/surau yang dilakukan orang tertentu dengan niat yang tertentu. Niat tersebut adalah mendekatkan diri kepada Allah.

2. Hukum Iktikaf

Hukum Iktikaf adalah sunat. Ibnu al-Munzir menyebut : “para ulama bersepakat bahawa iktikaf adalah sunnah kerana Nabi SAW melakukannya dan melaziminya, isteri-isterinya juga ikut melakukan iktikaf bersamanya dan melakukannya setelah wafat”. Iktikaf menjadi WAJIB jika bernazar.

Nabi beriktikaf setiap bulan Ramadhan selama 10 hari dan pada tahun kewafatan baginda selama 20 hari. ( Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah)

Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.

3. Waktu Iktikaf

* Boleh dilakukan sepanjang masa dan waktu. Masanya boleh satu hari tanpa malamnya atau satu malam tanpa siang. Dalam mazhab Hanafi dan Maliki yang meletakkan puasa sebagai syarat sah iktikaf menyatakan waktu yang pendek di dalam melakukan iktikaf adalah satu hari.
* Iktikaf bagi orang yang wajib ikut masa yang dinazarkan.

4. Syarat-Syarat Iktikaf

* 4 syarat utama iktikaf iaitu niat, tinggal (duduk ) di dalam masjid, orang yang beriktikaf Islam, berakal, suci dari Haid dan nifas dan berjunub, di masjid . Masjid Jami adalah awla (utama) dilakukan iktikaf. Ini disyaratkan oleh Az-Zuhri dan As-Syafie ( Qaul qadim).
* Bagi wanita hendaklah meminta izin suaminya, manakala hamba meminta izin dari tuannya.
* Ulama berselisih pendapat dalam mensyaratkan puasa sebagai syarat sah iktikaf tetapi majoriti ulama menyatakan ia bukan syarat sah iktikaf. Disunatkan puasa ketika beriktikaf berdasarkan Nabi SAW beriktikaf pada 10 akhir Ramadhan.

5. Masjid yang sah dilaksanakan Iktikaf

* Menurut Hanafi, Ahmad, Ishak dan Abu Tsaur : Masjid yang sah dibuat iktikaf adalah yang dibuat solat lima waktu dan didirikan jamaah.
* Malik, Syafie dan Daud pula mengatakan sah dibuat iktikaf pada setiap masjid tanpa membataskannya. Tetapi mengikut pandangan As-Syafieyyah, lebih afdal atau utama di masjid Jami ( dibuat Jumaat).
* Isteri nabi SAW melakukan iktikaf di masjid Nabawi.
* Ulama bersepakat lelaki beriktikaf di masjid manakala bagi wanita berlaku perselisihan pandangan dikalangan para ulama.
* Orang yang bernazar tidak boleh niat iktikaf pada masjid tertentu kecuali pada Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

6. Waktu Mula dan Akhir Iktikaf

* Siapa yang bernazar untuk melakukan iktikaf selama satu hari atau beberapa hari atau melakukan iktikaf sunnah, hendaklah dia masuk sebelum terbit fajar kemudian keluar apabila matahari tenggelam.
* Jika bernazar iktikaf satu malam atau beberapa malam, maka hendaklah ia masuk sebelum matahari tengggelam semuanya kemudian keluar ketika terlihat fajar terbit.
* Jika nazar iktikaf selama sebulan atau iktikaf sunnah, maka awal bulan adalah awal malamnya. Dia masuk sebelum matahari tenggelam semuanya dan keluar apabila matahari tenggelam pada akhir bulan tersebut.
* Di bulan Ramadhan pada 10 terakhir , maka dia harus masuk sebelum tenggelam matahari pada malam kedua puluh satu. (riwayat Mazhab Hambali), Riwayat kedua setelah solat Subuh.Ibn Hazam pula menyatakan sebelum tenggelam matahari pada malam 19 Ramadhan. Semuanya harus keluar setelah tenggelam matahari pada akhir ramadhan.

7. Perkara-perkara sunat dan makruf ketika iktikaf

* Mazhab Syafie : orang yang beriktikaf sebaiknya menyibukkan diri dengan pelbagai ketaatan kepada Allah seperti solat, zikir, tasbih, membaca al-quran, menyibukkan diri dengan ilmu, mengajar, belajar, menelaah dan menulis buku ( berdakwah). (Kitab al-Majmuk)
* Ibn Qudamah di dalam kitab al-Mughni pula menganjurkan supaya dikerjakan solat, tilawah Quran, zikir dan ketaatan mahdhah. Ada pun mengajar al-Quran, ilmu, diskusi dan belajar bersama fuqaha, menulis hadis dan lain-lain yang bermanfaat tidak digalakkan. Ini juga disokong oleh pendapat Imam Ahmad.
* Pandangan yang kuat dalam masalah ini ialah menyibukkan diri dengan ibadat seperti solat, zikir, membaca al-Quran, memikirkan akhirat dan persoalan agama, doa dan istighfar.
* Dibolehkan kita melakukan hal-hal yang bermanfat kepada orang lain seperti mengajar, berdakwah, diskusi atas untuk keperluan selebihnya kembali kepada konsep asal iaitu menyibukkan diri untuk beribadah.
* Makruh di dalam beriktikaf seperti melakukan hal-hal yang tidak perlu sama ada berupa perkataan atau perbuatan seperti mengumpat,bercakap keduniaan dan sebagainya.

8. Perkara yang diharuskan semasa beriktikaf

* Antara perkara yang boleh dilakukan semasa iktikaf seperti keluar iktikaf kerana menghantar ahli keluarga berdasarkan riwayat Safiyyah. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
* Begitu juga menyisir rambut, berwangi-wangian, memotong kuku, membersihkan tubuh, memakai pakaian yang terbaik.
* Dibolehkan makan minum, tidur, melakukan transaksi, perjanjian jual beli, akad nikah dan lain-lain lagi.
* Dibolehkan keluar iktikaf untuk keperluan yang tidak dapat dielakkan seperti membuang air besar,melunaskan keperluan orang yang dibawah jagaannya,muntah tanpa keluar dari masjid dalam tempoh tidak lama,menjenguk orang sakit, menguruskan jenazah atas keperluan.
* Jika ada program sumbangan anjuran ISMA untuk membantu fakir miskin, melawat hospital atas keperluan, maka ia dibolehkan.
* Adapun bagi orang yang iktikaf nazar maka tidak dibenarkan menziarahi orang sakit, menjenguk jenazah dan berta’ziah

9. Perkara-perkara yang membatalkan iktikaf

* Keluar dari masjid tanpa ada keperluan walau hanya sebentar.
* Murtad
* Hilang akal
* Berjimak
* Keluar haid dan nifas.

10. Iktikaf Wanita

* Iktikaf wanita bergantung kepada izin suami. Iktikaf tidak wajib ke atas isteri sehingga suami mempunyai hak untuk melarangnnya.( Iktikaf sunnah)
* Jika iktikaf nazar dengan mendapat kebenaran suami pada waktu tertentu, maka isteri boleh masuk ke tempat iktikaf tanpa perlu dapatkan izin baru atau khusus dari suami.
* Jika iktikaf nazar dengan mendapat kebenaran suami pada tanpa waktu tertentu, maka isteri tidak boleh memulakan waktu iktikaf kecuali dengan izin suaminya.
* Apabila suami memberikan izin pada isteri melakukan iktikaf, maka dia tidak berhak mencabut izin tersebut baik iktikaf sunnah atau wajib . ( pendapat yang kuat)
* Menurut Mazhab Hanafi : wanita boleh melakukan iktikaf di masjid manapun sebagaimana dia dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid rumahnya. Namun, dia tidak dibolehkan untuk melakukan iktikaf di rumahnya di luar masjid di rumahnya atau di tempat yang disediakan untuk melakukan solat.
* Mazhab Hambali dan Syafie pula : Wanita dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid yang tidak digunakan untuk melakukan solat jamaah. Mereka tidak boleh melakukan iktikaf di masjid rumahnya kerana ia adalah ibadat yang dikhususkan dilakukan di masjid.Pendapat yang kuat adalah pandangan Hanafi. Wanita boleh beriktikaf di tempat solat di dalam rumahnya. (tempat yang khusus solat di dalam rumah).

11. Iktikaf Nazar

* Jika seorang bernazar untuk beriktikaf pada tempoh tertentu secara berturut-turut maka dia tidak boleh keluar dari masjid kecuali dengan tujuan tertentu.
* Sekiranya keluar tanpa keuzuran untuk perkara yang bukan dharuri maka hukumnya haram, iktikafnya terputus dan wajib memulakan iktikaf baru.
* Sekiranya dia bernazar untuk iktikaf dengan puasa maka dia mesti melakukannya dan ia adalah paling baik baginya.
* Sekiranya bernazar menentukan masjid tertentu untuk beriktikaf, maka tidak wajib beriktikaf di masjid itu.
* Jika dia terbatal, maka diwajibkan dia menyempurnakan bilangan hari iktikaf yang tersisa . (iktikaf yang tidak disyaratkan secara berturut-turut beberapa hari).
* Jika dia mensyaratkannya secara berturut-turut , maka dia harus melakukannya sekaligus secara berturut-turut.

Petunjuk Nabi SAW di dalam beriktikaf :

Dari Ibn Umar r.a telah berkata : “Adalah baginda Rasulullah SAW beriktikaf sepuluh akhir Ramadhan.” ( Muttafaquh alaih)

Daripada Aishah r.a bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan Allah, kemudian diteruskan isteri-isteri baginda.. ( muttafaqun alaih)

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : ” Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun baginda diwafatkan”. ( Riwayat al-Bukhari).

Daripada Aishah r.a telah berkata : ” Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)

Rujukan :

1. Al-Mufassol fi ahkam al-Mar’ah : Dr. Abd. Karim Zaidan
2. Fiqh Sunnah : Sayyid Sabiq
3. Fiqh Manhaji : Dr. Mustafa Khin / Dr. Mustafa al-Bugho / Ali Asy-Syarbaji
4. Fiqh Muyaasar : Ahmad Isa ‘Aasyur.
5. Riyadhussolihin : Al-Imam Nawawi

Wednesday, August 11, 2010

SOLAT BERJAMAAH DENGAN KANAK-KANAK

Post a reply 2 posts • Page 1 of 1 SJ-05-0227 : Solat JEmaah dgn Kanak-Kanak.


by ISLAMUNTUKSEMUA » Jul 23rd, '07, 02:31

SOLAT BERJAMAAH DENGAN KANAK-KANAK

Bolehkah kanak-kanak dibawa ke masjid? Di mana kedudukan kanak-kanak lelaki dalam saf solat?. Apakah kaitan saf solat dengan khatan?. Golongan muda kurang ke masjid adakah kerana masjid tidak mesra pelanggan?.

Persoalan-persoalan di atas menggali sumber ilmu mencurah limpahan kefahaman dan keyakinan dari nas-nas hadis, huraian para sahabat dan fuqaha menjadikan pegangan dan amalan kaum muslimin. Syukur kepada Allah tidak terhingga mengurniakan fahaman para anbiya dan siddiqin dan dapat beramal dengan penuh yakin. Semoga menjadi laluan ke arah taqwa.

Kanak-kanak ke masjid, satu hadis riwayat menceritakan bahawa Rasulullah SWA bersabda maksudnya: “Aku bercadang memanjangkan solatku. Tiba-tiba aku dengar tangisan kanak-kanak. Aku percepatkan solat bimbang menyusahkan ibunya”.(Riwayat Bukhari dan Muslim petikan dalam Al-Majmuk, 4:229)

Bila kanak-kanak turut sama solat berjemaah menurut riwayat dari Abdullah ibn Mas’ud Rasulullah SWA bersabda maksudnya: “Hendaklah berdiri mengiringi di belakang aku orang yang sudah baligh dan berakal, kemudian mereka yang berikutnya, mereka yang berikutnya. Jaga-jagalah kamu dari hingar-bangar seperti pasar”. (Sohih Muslim@ Al-Jamik, 2:30, turut meriwayat hadis ini ialah Imam Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmidhi). Menjelaskan hadis ini lihat pula hadis berikut riwayat dari Abu Malik Al-Asy’ari: “Adalah Rasulullah SAW mengatur saf dewasa lelaki di hadapan kanak-kanak. Saf kanak-kanak di belakang lelaki dewasa dan saf perempuan di belakang kanak-kanak”.(Nailul Autar, 2:224).

Hadis di atas diambil menjadi hujah dan dalil nas syarak hendaklah meletakkan kedudukan kanak-kanak dalam solat berjemaah di belakang lelaki dewasa dan di hadapan saf perempuan. Imam Ahmad mengatakan makruh berjemaah bersama kanak-kanak di belakang imam kecuali yang sudah baligh ( Nailul Autar, 2:224). Jumhur ulama fiqh menghukumkan hendaklah mendahului lelaki dewasa kemudian kanak-kanak, kemudian khuntha dan kemudian perempuan. Inilah yang utama sebagai menolak pendapat yang mengesyorkan kanak-kanak (yang sudah suci) itu diselang-seli dengan orang dewasa bagi mereka belajar sedangkan dari saf belakang pun mereka boleh belajar. (huraian dalam Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, 4:291-293).

(2) Menghuraikan mengapakah lelaki dewasa mesti di belakang imam, Syeikh Muhamad Idris Abdu Rauf Al-Marbawi dalam Mukhtasar Sohih At-Tirmidhi menjelaskan:

Pertama: Lelaki dewasa, berakal dan faham boleh mengingatkan imam jika ia terlupa. Kedua: Boleh menggantikan imam jika tiba-tiba ia uzur. Ketiga: Barulah diikuti oleh mereka yang kurang berakal, kurang berilmu dan kanak-kanak supaya boleh menegur imam jika ia tersalah bacaan (Bahru Al-Mazi, 2:111, Nailul Autar, 2:223). Jika kebetulan kanak-kanak yang berada di belakang imam sudah tentu mereka tidak mampu berbuat demikian.

Dalam kitab Nailul Autar memetik riwayat bahawa Saidina Umar Al-Khattab mengeluarkan kanak-kanak dari dalam saf ke belakang (2:223). Juga meriwayatkan bahawa ulama fiqh mengatakan kanak-kanak itu hakikatnya mereka tidak solat(2:224). Bagaimana mereka mahu merapatkan saf dengan lelaki dewasa? Berita Harian Sabtu 13 Januari 2007, memetik seorang professor fizik dari US menemui secara saintifik merapatkan saf hingga bercantum itu melahirakan kesan cas secara biologi antara seorang dengan yang lain dalam solat berjemaah. Bagaimana pengecasan berlaku jika ada di antara kita orang yang tidak solat seperti kanak-kanak?.

Budaya berkhatan di zaman Rasulullah SAW dan orang-orang Arab hingga sekarang berkhatan lewat-lewat dalam tempoh satu minggu. Kitab Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam, Abdullah Nasih Unwan 1:115 merakam hadis riwayat Imam Al-Baihaqi dari jabir bin Abdullah: “Rasulullah SAW mengakikahkan cucunya Hassan dan Hussain serta mengkhatankan kedua-duanya dalam tempoh tujuh hari”. Tidak hairanlah Hassan pernah menunggang tengkuk baginda ketika baginda sedang sujud dalam solat. Baginda tidak bangun sehingga Hassan turun dari tengkuk baginda kerana Hassan tidak bernajis. Budaya di Malaysia berkhatan ketika usia sudah meningkat belasan tahun. Usia yang sudah ada keinginan sex.

Tidak berkhatan (kulup) Ibnu Abbas mengatakan: “Orang yang tidak berkhatan (kulup) tidak sah solatnya dan jangan makan sembelihannya”. Kitab Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam juga merakam ulama fiqh memberi amaran bahawa: “Kulup itu menyembunyikan zakar keseluruhannya dan zakar itu kena kencing (najis) kerana itu ulama salaf dan khalaf melarang ia menjadi imam”. (Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam,1: 112).

Kerana bekhatan adalah wajib. Rasulullah SAW bersabda menurut petikan yang sama riwayat dari Az-Zuhri: “Sesiapa yang memeluk Islam hendaklah berkhatan sekalipun sudah dewasa” (Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam,1: 111). Hadis ini walaupun lemah tetapi menjadi kuat kerana ada sokongan dari hadis yang lain, fatwa sahabat seperti Ibnu Abbas serta ijtihad ulama menjadi dalil wajib berkhatan bagi Al-Auza’i, Imam Malik, Imam As-Syafi’i, Imam Ahmad, bahkan Imam Malik memfatwakan: “ Sesiapa yang tidak berkhatan tidak harus menjadi imam solat dan tidak diterima penyaksiannya” (Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam,1: 111-112).

(3) Para fuqaha yang menghukumkan wajib berkhatan berkata: “Orang yang kulup (tidak berkhatan) itu terdedah kepada rosak taharah (bersuci)nya dan rosak (tidak sah) juga solatnya. Kerana Qulfah itu mnyembunyikan zakar keseluruhannya dan zakar itu kena air kencing. Dengan sebab kulup, ia tidak sah istinjak dengan batu (istijmar). Sahnya bersuci dan solat itu bergantung kepada khatan. Kerana itu ulama salaf dan khalaf melarang ia menjadi imam solat”. (Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam,1: 112).

Berkhatan bererti membuang kulup dan bersuci dari najis air kencing. Kanak-kanak yang belum / tidak berkhatan bila berada dalam saf solat sedangkan mereka pada hakikatnya

tidak solat kerana bernajis tentulah membawa jemaah lain yang bersebelahanya turut terbatal kerana berhubung dengan sesuatu yang membawa najis yang membawa maksud turut menanggung najis.

Imam An-Nawawi dalam Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab menghuraikan hukum berhubung seseorang itu dengan najis seperti seutas tali hujungnya diikat kepada orang yang sedang solat dan hujung yang satu lagi diikat ke leher anjing atau diikat kepada perahu yang di dalamnya ada najis atau orang yang sedang solat itu membawa botol yang tersumbat ketat tetapi mengandungi najis di dalamnya. Kesemua contoh itu contoh tidak sah solat kerana berhubung dengan sesuatu yang ada hubungan pula dengan najis yang bererti menanggung najis. (Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, 3:148). Lihat juga bahasan dalam mazhab Imam Ahmad Al-Hanbali (Al-Mughni Wa As-Syarhul Kabir,1:752).

Soal golongan muda berat hati mendekati masjid bukan kerana masjid tidak atau kurang mesra pelanggan. Sudahkah dibuat kajiselidik bertanya mereka mengapa mereka tidak jinak dengan masjid?. Adakah golongan dewasa sudah cukup banyak yang jinak dengan masjid?. Saya ada melihat bapa-bapa yang membawa bersama anak-anak mereka solat lima waktu berjemaah di masjid. Bersama-sama duduk dalam halakah membaca Al-Quran selepas solat waktu. Bagaimana dengan bapa-bapa yang lain?.

Kalau ibubapa boleh membawa anak-anak pergi menonton wayang, konsert, wayang kulit, mak yong, dikir barat, boria, menorah dan lain-lain tempat hiburan. Membawa anak-anak makan di luar sesekali dengan mengunci rumah mengapa tidak membawa mereka memenuhi masjid?.

Kanak-kanak yang hadir solat berjemaah hanya perlu dijaga mereka agar tidak membuat hingar bangar dalam masjid seperti tegahan Rasulullah SAW. Adalah sunat imam menugaskan seorang untuk mengatur saf di belakang jika masjid luas (Al-Majmuk, 4:225). Boleh tak kita adakan petugas mengawasi kanak-kanak beberapa orang berjemaah di belakang mereka atau ibubapa mereka sendiri?. Bila mereka sedar ada beberapa orang dewasa di belakang mereka tidaklah terjadi hingar bangar. Ini fungsi akal kita untuk melaksanakan wahyu, bukan untuk meminda wahyu. Kalau kanak-kanak itu hanya seorang bolehlah berada di tepi saf dewasa. Kalau bernajis renggangkan, kalau suci terserah samada mahu direnggangkan atau rapat. Wbillahil hidayah wat taufiq wallahu a’lam.

*artikel diatas telah dihantar ke ruangan pembaca pd bulan april 2007 oleh seorang Imam yg berkelulusan master dlm pengajian usuluddin dari Johor Bharu.

**atas sbb2 tertentu nama imam itu dirahsiakan.

Soalan:

1]Mohon pendapat ahli panelis ahkam.net tentang artikel diatas serta hujah dan dalil dari quran serta sunnah.

2]Bagaimana keadaan masjid di zaman nabi? bagaimana suasananya?

bagaimana susunan saf dewasa dan kanak2?

3]Benarkah semua kanak2 islam dizaman nabi dikhatan seawal umur muda seperti hasan dan husin iaitu cucu nabi muhd s.a.w?

4]bagi perenggang terakhir, pada kenyataan yg diboldkan.Apakah pendapat panelis serta hujah sunnah?

5]Adakah artikel diatas artikel yg mesra kanak2?

terima kasih krn sudi menjawab soalan saya.ISLAMUNTUKSEMUA

Maqam 3


Posts: 1302
Bismillah,

Wassolatu wassalam ala Rasulillah SAW,

Soalan 1: Mohon pendapat ahli panelis ahkam.net tentang artikel diatas serta hujah dan dalil dari quran serta sunnah.

Jawapan: Penulis artikel telah merujuk kitab-kitab yang muktabar dalam tajuk ini, beserta dalil dari hadis-hadis yang kebanyakkannya adalah sahih dan terdapat beberapa hadis yang dhaif antaranya:

1. dari Abu Malik Al-Asy’ari: “Adalah Rasulullah SAW mengatur saf dewasa lelaki di hadapan kanak-kanak. Saf kanak-kanak di belakang lelaki dewasa dan saf perempuan di belakang kanak-kanak”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud. Kata Albani: Dhaif, kerana pada sanadnya terdapat perawi yang dhaif. Dan katanya lagi:

æÃãÇ ÌÚá ÇáÕÈíÇä æÑÇÁåã Ýáã ÃÌÏ Ýíå Óæì åÐÇ ÇáÍÏíË æáÇ ÊÞæã Èå ÍÌÉ ÝáÇ ÃÑì ÈÃÓÇ ãä æÞæÝ ÇáÕÈíÇä ãÚ ÇáÑÌÇá ÅÐÇ ßÇä Ýí ÇáÕÝ ãÊÓÚ æÕáÇÉ ÇáíÊíã ãÚ ÃäÓ æÑÇÁå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÍÌÉ Ýí Ðáß

"Adapun meletakkan kanak-kanak di belakang orang dewasa, aku tidak temui padanya kecuali hadis ini yang tidak boleh dijadikan hujah. Maka aku lihat tiada masalah jika kanak-kanak berdiri bersama orang dewasa sekiranya saf masih ada kekosongan. Dan Hadis Anas r.a yang bersolat bersama kanak-kanak yatim di belakang Nabi SAW adalah hujah dalam bab ini". (Tamam al-Minnah: 284).

2. hadis riwayat Imam Al-Baihaqi dari jabir bin Abdullah: “Rasulullah SAW mengakikahkan cucunya Hassan dan Hussain serta mengkhatankan kedua-duanya dalam tempoh tujuh hari”.

Hadis ini diriwayatkan juga oleh Tabrani dalam Mu'jam Saghir. Kata Syeikh Albani: pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang dhaif.
Terdapat hadis lain dari Ibn Abbas r.a yang mengatakan berkhatan adalah sunnah pada hari ke tujuh kelahiran bayi - tanpa menyebut Hasan dan Husain - hadis itu diriwayatkan oleh Tabrani dalam Mu'jam Awsat tetapi terdapat perawi yang dhaif.
Walau bagaimana pun, Mazhab Syafie dan pendapat yang mengatakan sunnah berkhatan pada hari ke tujuh melihat kedua-dua hadis ini saling kuat-menguatkan kerana dikeluarkan dengan sanad yang berlainan serta perawi-perawinya tidak terdiri dari orang-orang yang tertuduh. (Tamam al-Minnah oleh Albani: 67-68).

Soalan 2: Bagaimana keadaan masjid di zaman nabi? bagaimana suasananya? bagaimana susunan saf dewasa dan kanak2?

Jawapan: Hadis dalam Sahih Muslim yang dinyatakan oleh penulis telah menggambarkan suasana dan susunan jamaah pada zaman Nabi SAW:
Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Hendaklah berdiri mengiringi di belakang aku orang yang sudah baligh dan berakal, kemudian mereka yang berikutnya, mereka yang berikutnya. Jaga-jagalah kamu dari hingar-bingar seperti pasar”.

Dan dalam hadis sahih:

Úä ÃäÓ ÞÇá : ßÇä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÍÈ Ãä íáíå ÇáãåÇÌÑæä æÇáÃäÕÇÑ áíÃÎÐæÇ Úäå.
"Adalah Rasulullah SAW menyukai agar di belakangnya Muhajirun dan Ansar supaya mereka dapat belajar dari Baginda. (H.R Ahmad & Ibn Majah)

Dan tiada hadis sahih yang mengkhaskan kanak-kanak di belakang orang dewasa, seperti kata Albani di atas. Bahkan diriwayatkan:

Úä ÃäÓ ÞÇá : ÕáíÊ ÃäÇ æÇáíÊíã Ýí ÈíÊäÇ ÎáÝ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã æÃãí ÎáÝäÇ Ãã Óáíã

Dari Anas r.a telah berkata: Aku pernah bersolat di rumah kami bersama seorang kanak-kanak yatim di belakang Nabi SAW dan ibuku Ummu Sulaim di belakang kami. (H.R Bukhari)

Hadis ini adalah hujah yang menunjukkan keharusan bersolat antara orang dewasa dengan kanak-kanak dalam satu saf. (Tamam al-Minnah: 284).

Soalan 3: Benarkah semua kanak2 islam dizaman nabi dikhatan seawal umur muda seperti hasan dan husin iaitu cucu nabi muhd s.a.w?

Jawapan: Telah dinyatakan di atas bahawa hadis yang menyebut Hassan dan Hussain dikhatankan pada hari ke tujuh adalah lemah.

Ibn Qayyim menyatakan:

ÝóÃóãøÇ ÇáúÎöÊóÇäõ ÝóÞóÇáó ÇÈúäõ ÚóÈøÇÓò : ßóÇäõæÇ áóÇ íóÎúÊöäõæäó ÇáúÛõáóÇãó ÍóÊøì íõÏúÑößó. ÞóÇáó ãóßúÍõæáñ : ÎóÊóäó ÅÈúÑóÇåöíãõ ÇÈúäóåõ ÅÓúÍóÇÞó áöÓóÈúÚóÉö ÃóíøÇãò æóÎóÊóäó ÅÓúãóÇÚöíá ó áöËóáóÇËó ÚóÔúÑóÉó ÓóäóÉð ÐóßóÑóåõ ÇáúÎóáøÇáõ . ÞóÇáó ÔóíúÎõ ÇáúÅöÓúáóÇãö ÇÈúäõ ÊóíúãöíøÉó : ÝóÕóÇÑó ÎöÊóÇäõ ÅÓúÍóÇÞó ÓõäøÉð Ýöí æóáóÏöåö æóÎöÊóÇäõ ÅÓúãóÇÚöíáó ÓõäøÉð Ýöí æóáóÏöåö æóÞóÏú ÊóÞóÏøãó ÇáúÎöáóÇÝõ Ýöí ÎöÊóÇäö ÇáäøÈöíø Õóáøì Çááøåõ Úóáóíúåö æóÓóáøãó ãóÊóì ßóÇäó Ðóáößó

Adapun berkhatan, Ibn Abbas telah berkata: Mereka tidak mengkhatankan sehinggalah kanak-kanak itu mengetahui. Telah berkata Makhul: Nabi Ibrahim a.s telah mengkhatankan anaknya Ishak a.s pada hari ke tujuh, dan mengkhatankan Ismail a.s pada usia 13 tahun seperti yang disebut oleh al-Khallal.

Syaikhul Islam Ibn Taimiah telah berkata: Maka khitan Ishaq a.s telah menjadi sunnah bagi anak keturunannya (yahudi) dan khitan Ismail a.s telah menjadi sunnah bagi anak keturunannya (arab).

Dan telah dinyatakan terdapat khilaf bilakah Nabi SAW dikhatankan. (Zadul Ma3ad: 2/304)

Pendapat pertama: Nabi SAW dilahirkan dalam keadaan telah berkhatan. Tiada hadis yang sahih bagi pendapat ini, bahkan Ibn Jauzi telah meletakkan hadis tersebut dalam himpunan hadis-hadis palsu.
Pendapat Kedua: Nabi SAW dikhatankan semasa dibedah dadanya sewaktu tinggal bersama Halimah Sa'diah.

Pendapat Ketiga: Nabi SAW dikhatankan oleh datuknya Abd Mutalib pada hari ke tujuh kelahirannya bersumberkan hadis yang ganjil.

Pendapat yang rajih: Nabi SAW dikhatankan mengikut adat bangsa arab pada waktu itu. Wallahu a'lam. (Zadul Ma3ad: 1/80)

Soalan 4: bagi perenggang terakhir, pada kenyataan yg diboldkan. Apakah pendapat panelis serta hujah sunnah?

Jawapan: Jika tiada dalil yang menyuruh supaya merenggangkan kanak-kanak yang belum berkhatan dengan orang dewasa, maka kita menggunakan hadis Anas r.a yang membenarkan solat bersama kanak-kanak tanpa direnggangkan.

Begitu juga Ulama tidak merenggangkan antara orang yang berpenyakit kencing tanpa henti (salis al-baul) dengan orang-orang lain. Ini menunjukkan kanak-kanak yang bernajis juga tidak perlu direnggangkan.

Wallahu a3lam.

Suruhlah anak anda menunaikan solat ....

Suruhlah anak anda menunaikan solat ....



Tafsir al-Quran

Surah al-Baqarah ayat 238-239

Firman Allah SWT,

“ Peliharalah oleh kamu semua solat dan solat pertengahan (Asar). Dan berdirilah kerana Allah dengan keadaan kamu taat setaatnya. (238) Jika kamu takut, maka boleh solat berjalan kaki atau berkenderaan. Apabila kamu aaman sentosa, maka sebutlah Allah (ingat kepada-Nya) sebagaimana Dia telah mengajarkan kamu akan apa-apa yang tiada kamu ketahui.” (239)

Huraian ayat

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan orang-orang yang beriman supaya memelihara semua solat yang difardhukan. Sabda Rasulullah saw,
الصلاة عماد الدين. فمن أقامها فقد أقام الدين ومن تركها فقد هدم الدين

Maksudnya : Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya maka sesungguhnya ia telah menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama.

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis. Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Kepentingan solat 5 waktu dinyatakan lagi dalam sebuah hadis,
مرو أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوا هم عليها وهم أبناء عشر
Maksudnya : Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka apaabila berumur sepuluh tahun. (HR Abu Daud)

Kemudian dalam ayat ini Allah SWT menyuruh agar memelihara solatul Wusta. Para ulama berbeza pendapat dalam mentafsirkan apakah yang dimaksudkan dengan solatul Wusta. Ada yang mengatakan solat Subuh, ada pula yang menyatakan solat Zuhur dan ada pula pendapat mengatakan solat Isyak.

Namun pendapat yang paling masyhur ialah solat Asar sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah hadis,
الصلاة الوسطى صلاة العصر
Maksudnya : Solat Wusta ialah solat Asar.
Hukum orang yang meninggalkan solat
Menurut Mazhab Syafie, sesiapa di kalangan orang Islam yang pernah meninggalkan solat dengan sengaja, maka hendaklah mereka melakukan dua perkara iaitu bertaubat dan mengqadak semula solat yang ditinggalkan. Tidak memadai jika hanya sekadar mengqadak solat tanpa bertaubat atau hanya bertaubat tanpa mengqadakannya.


"Solat Best... !"

Jika sibapa atau suami tidak mengerjakan solat fardhu, maka anak atau isteri wajib mengingatkan bapa atau suaminya dengan penuh hikmah. Jika sudah diingatkan tetapi bapa atau suami masih enggan, maka terlepaslah sudah tanggungjawab si anak atau isteri. Sekiranya seorang suami tidak mahu menunaikan solat setelah diberi nasihat oleh isteri, maka syariat Islam membenarkan si isteri menuntut fasakh daripada Qadhi.

Seorang wali atau bapa yang tidak menunaikan solat, dia tidak boleh menikahkan anak gadisnya kerana dia telah melakukan dosa besar. Maka hak wali untuk menikahkan berpindah kepada wali lain (ab’ad) yang selepasnya. Seorang wali atau bapa juga tidak harus mengahwinkan anak perempuannya dengan mana-mana lelaki yang meninggalkan solat, kerana pada hakikatnya dia bukanlah seorang Islam yang sebenar.


Menurut Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam fatwanya menulis, mereka yang meninggalkan solat hilanglah hak persaudaraan dalam Islam iaitu (Jika engkau bertemu dengannya maka berilah salam kepadanya, jika dia menjemput datang kerumahnya maka penuhilah jemputannya, jika dia meminta nasihat daripadau maka berilah nasihat kepadanya, dan jika dia bersin lalu memuji Allah maka doakanlah kebaikan pada dirinya, dan jika dia sakit maka ziarahilah dia, dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya.ke kubur).

Dalilnya ialah firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 11,

“ Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, Maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. dan kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang Mengetahui.”

Berdasarkan ayat ini, orang yang meninggalkan solat hendaklah bertaubat dan agar hak hak persaudaraannya dalam Islam dapat dikembalikan.

Seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan dia meninggalkan solat, maka hendaklah di lihat sama ada dia kafir atau pun fasik. Jika dia fasik, maka jenazahnya hendaklah di sembahyangkan dan di kebumikan di tanah perkuburan Islam dan urusannya di serahkan kepada Allah SWT.

Manakala menurut Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain mengatakan bahawa orang itu tidak harus disembahyangkan apatah lagi dikebumikan di tanah perkuburan Islam. Namun pendapat yang paling sahih dalam mazhab ini ialah dia tidak dihukum kafir melainkan jika dia telah diajak oleh pemerintah atau pembantunya tetapi dia enggan.

Firman Allah SWT di hujung ayat 238,

" Dan berdirilah kerana Allah dengan keadaan kamu taat setaatnya".

Maksudnya hendaklah solat itu dilakukan dengan sempurna, jangan ada yang rosak rukun mahu pun syarat-syaratnya. Semasa mendirikan hendaklah khusyuk dan melupakan sesuatu yang berada di sekelilingnya.

Dalam ayat 239 maksudnya,

“Jika kamu takut, maka boleh solat berjalan kaki atau berkenderaan. Apabila kamu aman sentosa, maka sebutlah Allah (ingat kepada-Nya) sebagaimana Dia telah mengajarkan kamu akan apa-apa yang tiada kamu ketahui”

Dalam ayat Allah SWT mahu menegaskan bahawa solat itu suatu kewajipan yang tidak boleh diringankan. Sekiranya seseorang itu berada dalam ketakutan seperti dikejar musuh dalam peperangan atau dikejar binatang buas maka bolehlah solat itu dilakuan sama ada berjalan kaki, menunggang kenderaan sama ada mengadap qiblat atau tidak.

Di sini ulama feqah mengecualikan kewajipan mengadap qiblat sewaktu solat itu kepada 4 golongan iaitu :

1. Jika seseorang itu bermusafir dan berada dalam kenderaan, dia diberi keringanan untuk mengadap qiblat sewaktu mula solat sahaja (itu pun jika diketahui) Dalilnya sebuah hadis dari Amir bin Rabi’ah;

رأيت رسول الله (ص) يصلي على راحلته حيث توجهت به
Maksudnya : Saya lihat Rasulullah saw solat di atas kenderaan menuruti arah kenderaan itu.
2. Solat orang yang dipaksa, seperti dia diikat pada sebatang kayu atau lainnya. Maka dalam keadaan ini gugurlah kewajipan mengadap qiblat.
3. Solat orang sakit yang tiada seorang yang boleh membantu untuk mengadapkannya kearah kiblat.
4. Solat khauf, atau solat yang dilakukan dalam ketakutan seperti dalam peperangan atau dikejar musuh seperti firman Allah SWT dalam ayat 239 surah al-Baqarah tadi.
Di hujung ayat ini Allah SWT menjelaskan sekiranya sudah kembali dalam keadaan aman, maka solatlah seperti biasa dan ingatlah Allah SWT banyak-banyak kerana Dialah yang telah mengajar segala ilmu yang kita tidak ketahui sebelum ini. Wallahualam.

Wallahualam.
http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2010/02/suruh-anak-anda-menunaikan-solat.html

Ada tak hadith / fatwa ulama tentang isu selawat beramai semasa solat terawih?

Assalamualaikum.
JazakAllah khair.

Ada tak hadith / fatwa ulama tentang isu selawat beramai semasa solat terawih?

Semalam saya buat sedikit perubahan di surau taman saya, iaitu takde selawat antara rakaat solat terawih, tapi ramai yg pertikai termasuk ust, atas alasan ‘uruf dan meraikan amalan yg telah dibuat sekian lama.
Kalau ada article yg boleh dikongsikan, terima kasih…


Jawapan

Waalaikumussalam

Isu ini timbul selepas Zaman Nabi (saw) , jadi sudah tentu x ada hadithnya.
Secara dasarnya :
1. Berselawat ini adalah satu arahan dari Allah melalui al-Quran al-Ahzab : 56 :-


Maka, berselawat itu menjadi satu bentuk ibadah yang khusus.
2. Kaedah usul mengenai ibadah : pada asalnya semua bentuk ibadah adalah HARAM, melainkan yg telah ditunjuki oleh Nabi (saw)
3. maka bentuk, sebutan dan cara untuk berselawat kepada Nabi juga mestilah mengikut pertunjuk dari Nabi (saw).
4. oleh itu, apa yg dibaca untuk berselawat – mesti diambil dari hadith2 yg sahih (x boleh nak reka2 sendiri)
5. jika kita melihat kepada beberapa bentuk selawat yg sahih, ianya x lain adalah sebagai doa kepada Allah untuk kesejahteraan Nabi (saw)
6. apabila ianya satu bentuk doa, maka kita kena lihat pula bagaimana pertunjuk al-Quran dan al-Sunnah tentang cara berdoa.
7. diantara tatacara berdoa :
55. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas[549].
[549] Maksudnya: melampaui batas tentang yang diminta dan cara meminta.

Sekian. Sesungguhnya Allah lah yg Lebih Mengetahui.
Article dari internet (semoga dapat membantu)
******************************************
Berzikir Dan Berdoa Secara Perlahan
Oleh: IBNU IDRIS
SUDAH menjadi kebiasaan, imam dan makmum berwirid beramai-ramai dengan suara yang lantang dan kuat. Seolah-olah ia merupakan satu perkara yang wajib ataupun kesempurnaan solat.

Jika tidak dilakukan demikian dianggap sebagai satu perkara aib, terutama bagi imam itu sendiri yang seolah-olah tidak tahu hendak berdoa.

Oleh yang demikian masjid dan surau sudah menjadi seperti majlis nasyid. Ada di antaranya menjadi bising sehingga mengganggu jemaah yang sedang sembahyang, sedang masbuk dan di antaranya baru hendak bersembahyang.

Seolah-olah mereka tidak menghirau orang masbuk yang sedang bersolat atau orang baru datang untuk bersolat.

Kadang-kadang kita melihat imam dan makmum terus juga berwirid dengan suara lantang sehinggalah tamat. Inilah satu-satunya perbuatan yang sangat tercela dan perlu dihentikan.

Nabi Muhammad dan para sahabatnya tidak membaca wirid itu secara beramai-ramai dengan suara keras dan terus-menerus pada setiap lepas solat, tidak pula membaca doa dengan suara yang keras dan diaminkan oleh makmum pada tiap-tiap selepas bersolat.

Nabi dan para sahabat hanya membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?

Ada baiknya semuanya ini dibuat sendirian. Allah lebih suka kalau hamba-Nya meminta doa sendiri terus kepada-Nya tanpa menerusi sesiapa pun.

Asy-Syaikh Ali Mahfuz berkata: Di antara bidaah-bidaah yang makruh ialah menamatkan solat dengan cara mengangkat suara beramai-ramai di dalam masjid terus-menerus, sehingga orang awam beriktikad bahawa itu adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat dan dia adalah sunah yang mesti dilakukan, padahal ia sunat dilakukan sendiri dan secara senyap-senyap.

Cara seperti ini adalah bidaah yang tidak dikenal pada zaman Rasulullah dan pada masa sahabat. Cara ini telah dijadikan satu syair yang dilakukan selepas solat jemaah.

Makruh

Kebanyakan para ulama telah menegaskan tentang makruhnya mengada-adakan syair dalam agama. Pada hal Allah sudah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 55 yang maksudnya:

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan cara merendahkan diri dan dengan suara perlahan, sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang melampau batas.

Dan doa dengan cara begini (dengan suara lantang) bukanlah daripada perbuatan Rasulullah, bukan perkataannya dan bukan pula perakuannya. Hal ini telah dinukilkan daripada kitab al-Ibada.

Ibunu Hajar al-Haitimi di dalam kitab al-Fatwanya berkata: “Berkata az-Zarkasyi: “Menurut sunah ialah memperlahankan suara pada semua zikir kecuali Talbiah.

Dan al-Auzi berkata asy-Syafie mengagungkan hadis-hadis yang menyatakan dengan suara keras itu ialah terhadap orang-orang yang mengajar.

Disebutkan dalam kitab al-Abad: Dan disunatkan berzikir dan berdoa secara perlahan dan dikeraskan suara dengan bacaan zikir dan doa selepas salam. Imam mengajar orang-orang mukmin dan apabila mereka telah belajar maka hendaklah diperlahankan.

Ada hadis yang menyebutkan tentang mengeraskan suara dengan zikir iaitu hadis riwayat Ibnu Abbas:

“Bahawasanya mengangkat suara dengan zikir sewaktu orang ramai selesai solat fardu adalah dilakukan pada zaman Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas lagi: “Aku mengetahuinya setelah mereka selesai solat fardu itu apabila aku mendengarnya.” Hadis riwayat Bokhari.

Hadis ini ditujukan kepada keperluan mengajar zikir yakni nabi dan para sahabat pernah mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja, bukan terus-menerus secara tetap.

Mereka lakukan demikian itu untuk maksud mengajar zikir kepada para hadirin.

Demikian ditegaskan oleh asy-Syafie seperti yang dinukilkan oleh imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmuk.

Al-Imam Ibnul Qayyim pula berkata: “Imam berdoa sesudah salam dari solat sambil menghadap kiblat atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan oleh nabi yang bertindak sebagai imam dan tidak ada pula sesuatu riwayat yang menyuruh kita mengerjakan demikian.” Masalah ini telah dinukil dari kitab Zadul-Ma’ad.

Pendek kata, tidak ada ulama muktabar yang membolehkan kita terus menerus membaca zikir dan doa bersama-sama secara lantang selepas tiap-tiap solat jemaah kerana jelas bertentangan dengan sunah.

Yang berlaku di depan mata kepala kita, semua masjid dan surau, imam-imam yang mengimamkan solat jemaah, akan membaca doa dan berzikir kuat-kuat sehingga dua kilometer kita dapat mendengar menerusi pembesar suara.

Mereka ikut siapa sebenarnya?

Petikan: Utusan Online

Salawat antara rakaat tarawih

Assalamualaikum..


Ikut solat bersama orang arab, saya dapati ada perbezaan antara cara menunaikan solat tarawih. Kalau di negara kita antara rakaat2 solat tarawih,selalunya bilal akan berselawat diikuti oleh makmum.tetapi berlainan dengan orang arab, imam meneruskan solat tanpa diselangi selawat. Minta pandangan tuan2 dalam perbezaan ini.mengapa wujud perbezaan ini dan cara mana yang disepakati ulama`? Minta juga disertakan hadith2 rujukan.

Sekian.
Posted: Oct 26, 2004 - 06:11 PM

Post subject: Re: SJ-08-0012 : Solat Tarawih
________________________________________

Wa'alaikumussalam
Sepakat ulama' bersetuju bahawa solat tarawih boleh dilakukan secara jemaah, cuma mereka khilaf mengenai jumlah rakaat yang dilakukan. Terdapat riwayat yang sahih mengenai zikir selepas witir, yang wujud didalam amalan solat tarawih di Nusantara ini dan telah ditambah beberapa amalan lain seperti selawat dsb.

Rata-rata dinegara Islam masih mengekalkan kewujudan solat secara berjemaah dan kedapatan rihat seketika setelah selesai solat 2 rakaat tarawih. Cuma apa yang berbeza ialah pengisian yang dilakukan diantara solat-solat tarawih tersebut. Terdapat beberapa amalan yang dilakukan diantara waktu-waktu rehat diantara solat tarawih, diantaranya adalah : berzikir, membaca al-quran, tawaf ; cuma bezanya amalan-amalan ini dilakukan dinegara-negara Arab ialah ianya dilakukan secara individu. Menurut bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Syiekh Atiyag Saqr :-

وهذا الفاصل يُشبِه ما كان يفعله أهل مكة من قيامهم بالطواف حول البيت سبعًا بعد كل ترويحتين، الأمر الذي جعل أهل المدينة يزيدون عدد التراويح على العشرين، تعويضًا عن هذا الطواف، وهو أسلوب تنظيمي يَعرِفون به عدد ما صَلُّوه، إلى جانب ما فيه من تنشيط للمصلين، فلا مانع مطلقًا، وبهذا لا يدخل تحت اسم البدعة، فالنصوص العامة تَشهد له، فضلاً عن عدم معارضتها له، ولئن يُسمَّى بدعة فهو على نسق قول عمر ـ رضي الله عنه: نِعْمَتِ البدعةُ هذه، عندما رأى تجمُّع المسلمين لصلاة التراويح خلْف أُبي بن كعب.

Selingan yang sama berlaku pada masyarakat Mekah pada masa solat tarawih ialah bertawaf mengelilingi kaabah 7 pusingan selepas selesai 2 rakaat tarawih, perkara ini yang menjadikan masyarakat Madinah melebihkan bilangan rakaat tarawih keatas 20 sebagai gantian kepada tawaf, dan ini adalah cara sistematik untuk mengetahui berapa bilangan yang mereka solat, disamping akitiviti2 solat, maka tidaklah ditegah secara mutlak! Ini tidaklah dimasuk dibawah apa yang dinamakan bid'ah., nas-nas umum membuktikannya, disamping tidak ada bangkangan terhadapnya, dan jika ia dinamakan atas nama bid'ah, maka samalah dengan apa yang disebutkan oleh Umar ra : Ini adalah senikmat-nikmat bid'ah, apabila beliau melihat orang Islam bersolat tarawih berjemaah dibelakang Ubay bin Kaab"

Jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mekah pada zaman dulu melakukan tawaf dimasa rehat diantara 2 solat tarawih, dan masyarakat Madinah pada masa Umar bin Abdul Aziz menambah rakaat sampai kepada 36 rakaat dan 3 witir sebagai ganti ibadat tawaf. Begitu juga semasa selingan (rehat) diantara 2 rakaat atau 4 rakaat solat tarawih boleh diisi dengan bacaan al-Quran, berselawat, berdo'a dsb, yang jatuh kepada definasi luas ibadat zikir. Berkata al-Syiekh lagi :
ليس هناك نص يَمنَع من الذكر أو الدعاء أو قراءة القرآن في الفصل بين كل ركعتين من التراويح أو كل أربع منها مثلاً، وهو داخ
 تحت الأمر العام بالذِّكْر في كل حال. وكوْن السلف الذين يُؤخذ عنهم التشريع لم يفعلوه لا يَدل على منْعه،

Disana tidak ada nas yang melarang berzikir atau berdo'a atau membaca al-Quran diantara setiap 2 rakaat tarawih atau setiap empat rakaat misalnya, dan ia masuk didalam kategori perintah umum berzikir didalam setiap keadaan. Pada umumnya para salaf tidak melakukannya dan tidak juga menunjukkan ianya dilarang."
Syiekh Atiyah Saqr menjelaskan bahawa tidak pula terdapat apa-apa larangan mengenai amalan yang dilakukan pada waktu selingan tersebut. Menurut sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Daar al-Iftaa'
ويستحب الجلوس بين صلاة كل أربع ركعات بقدرها، وكذا بين الترويحة الخامسة والوتر، وهذا هو المتوارث عن السلف كما صلى أبى بن كعب بالصحابة وروى عن أبى حنيفة -‏ واسم التراويح ينبيء عن هذا -‏ إذ المستحب فقط هو الانتظار ولم يؤثر عن السلف شيء معين يلزم ذكره في حال الانتظار وأهل كل بلد مخيرون وقت جلوسهم هذا بين قراءة القرآن والتسبيح وصلاة أربع ركعات فرادى والتهليل والتكبير أو ينتظرون سكوتا ولا يلزمهم شيء معين .‏
Adalah digalakkan duduk diantara setiap 4 rakaat dengan kadarnya, begitulah diantara 5 tarawih dan witir, dan ini diwarisi sejak dari golongan salaf sebagaimana solat Ubay bin Kaab dan para sahabat yang diriwayatkan oleh Abi Hanifah - dan nama tarawih (rehat-rehat) itu sendiri dibina atas dasar ini - maka yang afdal ialah menunggu, dan tidak ada riwayat para salaf mengenai perkara tertentu yang mereka lakukan, yang dinyatakan semasa menunggu, dan masyarakat setiap negara bebas memilih masa/waktu untuk duduk, dan diantara rehat dilakukan pembacaan al-Quran, dan bertasbih, dan Solat 4 rakat berseorangan, bertahlil, bertakbir atau menunggu dengan berdiam diri dan tidak ada sesuatu perkara khas yang di lakukan."

Apa yang jelas disini ialah amalan selingan itu dilakukan oleh individu2 yang mempunyai hajat dan cara masing-masing bagi mempertingkat amalan dibulan Ramadhan. Tidak ada kaifiat khas atau bacaan2 yang dikhaskan sebagai selingan diantara rakaat-rakaat tarawih. Mengenai bacaan selingan yang dibaca negara kita, terdapat nas-nas yang menunjukkan bahawa bacaan tersebut dibaca setelah selesai solat tarawih atau dibaca selepas witir. Dari Ubay bin Kaab ra :
كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- إذا سلم في الوتر قال: "سبحان الملك القدوس
"Rasulullah saw apabila selesai memberi salam solat witir, beliau berkata :'Subhana al-Malik al-Quddus'" - [Hadith riwayat al-Nasaa'i].
Didalam riwayat yang lain Rasulullah saw menyebut zikir tersebut sebanyak 3 kali. Imam Ahmad menyebut bahawa Rasulullah saw membacanya secara kuat, didalam musnadnya menyebut :-
أنه كان يقرأ في الوتر بسبح اسم ربك الأعلى ، وقل يا أيها الكافرون ، وقل هو الله أحد فإذا سلم قال: سبحان الملك القدوس سبحان الملك القدوس سبحان الملك القدوس ، ورفع بها صوته
"Sesungguhnya baginda membaca didalam witir membaca ayat Sabbihasma rabbikal 'alaa, Qul Ya Aiyyuhal Kaafirun, dan Qul hu Allahu Ahad, dan apabila selesai salam akan mambaca : 'Subhana al-Malik al-Quddus, Subhana al-Malik al-Quddus, Subhana al-Malik al-Quddus' sambil menguatkan suaranya"
Kesimpulannya, ulama salaf pada masa dulu cuma melakukan rehat diantara rakaat-rakaat tarawih tanpa memberi pengkhususan mengenai amalan yang mereka lakukan. Didalam pengisian masa rehat tersebut ada yang berzikir, adan yang membaca al-Quran malah bagi mereka yang berada di Mekah akan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. Cuma tidaklah mereka ini melakukan secara berjemaah amalan-amalan semasa rehat didalam solat tarawih seperti yang diakukan oleh masyarakat sekarang dengan selawat2. Apa yang boleh kita tekan disini ialah, dimasa selingan solat tarawih, bolehlah dilakukan amalan yang boleh menambahkan pahala dan juga memohon pengampunan dari Allah swt. Kalau dirasakan dengan berselawat dapat menambahkan lagi keImanan, maka bolehlah dilakukan. Dan janganlah lakukan sesuatu amalan secara menjerit2 tanpa mengetahui makna dan tujuan melakukannya. Setiap manusia itu ditanggung jawabkan atas apa yang mereka katakan. WA.



Wassalam

=============

Rujukan



1. Sheikh Atiyyah Saqr. Ahsan al-Kalaam ; fi al-Fataawa wa al-Ahkam - 2. Dar al-Ghad al-'Arabi, 1994. ms 234, dan 103.



Kamin

Panel Feqh al-ahkam.net



http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=33787

Tuesday, August 10, 2010

Persoalan selawat semasa solat tarawih

Sabtu, 2008 September 06

Persoalan selawat semasa solat tarawih

Selawat adalah ucapan doa ke atas Rasulullah SAW sebagaimana yang baginda telah ajar kepada kita. Antaranya adalah spt dalam hadis yang telah saya muatkan dalam blog sblm ini. Begitulah antara cara ucapan selawat. Selawat ke atas Nabi juga merupakan perintah Allah SWT spt yang termaktub dalam ayat Al-Quran.
Maksud firman Allah : Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)
Kalau selawat itu dituntut, maka kenapa penghapusan amalan selawat spt ketika solat tarawih masyarakat kita, sesuatu yang baik. Jawapannya adalah seperti berikut.

1. Cara selawat sebegitu rupa (secara beramai-ramai dalam solat tarawih) tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW. Jadi, cara tersebut bukan sunnah dan bukan amalan para As-salafus Soleh (السلف الصالح)(lihat nota kaki). Lebih-lebih lagi, ia biasanya dilaung-laungkan. Bukankah Allah SWT Maha Mendengar. Jadi, ia bukan cara selawat yang betul. Selawat boleh dilakukan pada bila-bila masa dan yang pastinya kita akan berselawat setiap kali kita solat dan ia adalah wajib kerana menjadi sebahagian daripada rukun solat. Kalau kita solat tarawih 20 rakaat maka kita akan berselawat sebanyak 10 kali iaitu ketika duduk tahiyat setiap dua rakaat. Lafaznya seperti lafaz-lafaz yang disebut dalam hadis termasuk yang kita biasa baca ketika tahiyat akhir.

2. 'Mengelak mudharat (keburukan) lebih diutamakan drpd mendapat kebaikan'. Ini merupakan salah satu kaedah feqh (qawaid fiqhiyah). Sudah menjadi kebiasaan di kebanyakan masjid, bilal yang mengetuai selawat tersebut melafazkan dengan cepat beberapa ungkapan dalam rutin selawat tersebut. Kadang-kadang spt kelam kabut bunyinya hingga tak ketentuan bunyi. Makmum yang menjawab pun begitu juga. Apa tujuan sebut cepat-cepat tu...? Mahu cepat selesai kan? Kalau mahu cepat lebih baik ditiadakan terus selawat sebegitu rupa. Solat tarawih sahaja. Kalau sudah tidak ketentuan bunyinya, bukankah menjadi satu dosa. Seperti main-main saja. Tujuannya mahu dapat pahala tapi sebaliknya dosa yang dapat.

3. Fiqh Aulawiyat (mengutamakan yang utama). Dalam hal inilah ramai yang tersilap. Mereka mengutamakan yang tidak utama dan sebaliknya meremehkan atau mengabaikan sesuatu yang lebih utama atau sesuatu yang memang disuruh malah menjadi sunnah Rasulullah SAW. Dalam konteks selawat ini, saya perhatikan ramai yang mengutamakan selawat di luar solat (selingan setiap 2 rakaat) yang bukan sunnah tetapi meringankan selawat dalam solat yang merupakan rukun solat. Para jemaah, dan yang utamanya para imam tarawih meringkaskan selawat semasa tahiyat dengan hanya melafazkan ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad’ lantas memberi salam. Ramai juga imam tidak membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram. Apa tujuan kedua-dua perbuatan tersebut? (nak cepat kan?). Kalau ia dilakukan imam maka makmum yang mahu membaca doa iftitah dan membaca selawat yang lengkap (hingga ‘innaka hamidun majid’) tidak dapat melakukannya (mengecewakan makmum pulak!).

4. Selawat boleh dilakukan dengan cara lain. Kalau mahu juga berselawat semasa tarawih untuk memperolehi ganjaran pahala, tidak semestinya dengan cara kebanyakan orang lakukan sekarang. Bukankah selawat itu boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dilakukan secara bersendirian; tidak ditetapkan waktu dan tidak pula sunat dilakukan secara beramai-ramai (berjemaah). Kalau ada ruang masa antara solat tarawih berselawatlah sebanyak mungkin. Selawat sendirrian dan secara perlahan. Contohnya, selepas salam dan mahu bangkit untuk dua rakaat yang seterusnya, ucapkanlah selawat sekurang-kurangnya ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad’ (mudah kan?)

5. Selawat (yang di luar solat) bukan sebahagian solat tarawih. Ia adalah sesuatu yang pasti. Solat tarawih adalah seperti solat-solat lain juga iaitu “perbuatan-perbuatan dan perkataan-perkataan yang dimulai dengan Takbiratul Ihram dan diakhiri dengan salam”. Tidak perlu tambahan selawat beramai-ramai di luar solat tersebut. Apabila ditetapkan bentuk selawat seperti sekarang semasa tarawih, maka pada pandangan masyarakat umum, begitulah kaifiat (cara pelaksanaan) solat tarawih. Lalu, cara demikian diikuti oleh generasi demi generasi seperti yang berlaku sekarang. Kalau ada yang mahu menghapuskanya, akan dianggap membawa ‘ajaran lain’ (kesian…!) Sama halnya dengan amalan kenduri arwah masyarakat Islam Malaysia. Kenduri arwah (ruh-ruh berkenduri?) ini seperti sesuatu yang wajib. Kalau tak buat, seperti rasa bersalah. Padahal yang sebenarnya, kenduri arwah tersebut adalah bid’ah dhalalah yang disanggah semua empat mazhab muktabar (Maliki, Hanafi, Syafie, Hanbali).

Demikianlah antara pandangan saya berkenaan selawat semasa tarawih. Kalau ada yang silap tolong perbetulkan. Boleh juga dapatkan maklumat berhubung amalan dalam solat tarawih dalam laman-laman web berkaitan.
Nota kaki
As-Salafus Soleh (السلف الصالح) ialah generasi yang hidup sblm kurun ke-4 hijrah (tahun 1 - 300 hijrah) yang dikatakan oleh Rasulullah SAW sebagai kurun terbaik kerana mereka merupakan generasi yang paling hampir dengan Rasulullah SAW. Sebab itu, antara prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah ialah berpegang teguh dengan prinsip As-Salafus Soleh. Jadi, dalam beribadah sepatutnya kita mencontohi cara beribadah mereka sebagai cara selamat dan terhindar daripada unsur-unsur tokok tambah dan pengaruh adat masyarakat. Antara kayu ukur yang boleh kita gunakan ialah mengambil pendekatan sebahagian ulama feqh yang menjadikan amal ahli Madinah (amalan penduduk Madinah) sebagai sumber hukum. Ia boleh dijadikan sebagai panduan kerana semua ayat Al-Quran syariat (ibadah dan hukum hakam) diturunkan di Madinah iaitu selepas peristiwa hijrah kecuali ibadah solat fardu 5 waktu yang difardukan dua tahun sebelum hijrah (dlm peristiwa Isra' dan Mi'raj). Jadi, golongan pertama yang menerima segala bentuk ibadah sama ada drpd wahyu Allah SWT (Al-Quran) atau daripada Rasulullah SAW ialah penduduk Madinah. Cara pelaksanaan dan pengamalan syariat Islam bermula di Madinah, bermula pada zaman Rasulullah SAW (kurun pertama), seterusnya diteruskan oleh generasi sahabat (kurun ke-2) dan diikuti pula generasi tabi'en (kurun ke-3). Seterusnya amalan mrk diwarisi generasi demi generasi hingga hari ini.

SJ-2023: Dzikir, doa, selawat dlm tarawih serta berjemaah

Laman Utama

SJ-2023: Dzikir, doa, selawat dlm tarawih serta berjemaah

Moderators: kamin, izrail, tytsezh, albaruhiyy, Abu_Umair, Abu_syu'aib, al-jawhar, UZAR

SJ-2023: Dzikir, doa, selawat dlm tarawih serta berjemaah

Postby peacedeana » Nov 21st, '02, 23:28
assalamualaikum warahmatullah..

Berkaitan dgn amalan doa & dzikir secara berjamaah selepas solat serta amalan berselawat antara 2 & 4 rakaat dlm solat tarawih, berdasarkan link yg saya berikan di sini yg dipetik dpd fatwa Islam Online, ini bermakna tiada unsur bid'ah ttg amalan tersebut.

dzikir secara berjemaaah

berdoa selepas solat berjemaah bersama imam

dzikir, selawat & doa dlm tarawih

berkenaan perkara tersebut, seorang ustaz dari Malaysia yg telah dtg ke tempat saya menyatakan bhw di dlm syara', tiada had bila masa kita boleh berselawat, berdzikir mahupun berdoa, melainkan di dlm tandas.

Lagipun, berdasarkan pemahaman saya, tiada nas2 dpd Rasulullah serta amalan para sahabat menegah amalan yg tak sepatutnya dikategorikan sebagai bid'ah ini.
Oleh kerana solat tarawih itu sendiri membawa pengertian 'rehat' dlm istilah bahasa kita, tiada salah rasanya kalau selang antara 2 & 4 rakaat itu kita rehat sebentar dgn selawat atau dzikr yg biasa org tempatan kita kat Malaysia lakukan.

minta penjelasan ikhlas dpd pihak tuan berkaitan perkara ini. seboleh-bolehnya kita mahu berlapang dada & bersikap rasional dlm memperkatakan perkara ini.
sekian, wassalam.
User avatar
peacedeana
Martabat 1 Martabat 1
 
Posts: 6
Joined: Nov 12th, '02, 23:38
Location: Malaysia

Re: SJ-2023: Dzikir, doa, selawat dlm tarawih serta berjemaa

Postby thtl » Nov 22nd, '02, 11:23
[img]/forum/images/icons/wassalam2.gif[/img]
Jawab:
JKK di atas usaha anda melayari websites yg lain untuk cross-check atau double-check pendapat Ahkam Online dengan websites muktabar yg lain. Website spt Islam Online yg dibarisi barisan mufti Global termasuk Syaikh Qardhawi dari Qatar adalah lebih muktabar (lebih rajih untuk dijadikan sandaran) dari Ahkam Online sendiri.
Tiga isu yg anda kemukakan:
1. Berzikir beramai-ramai selepas solat antara makmum dan Imam. Kita bersetuju dgn fatwa dan syarat2 yg dikemukakan oleh Dr Qardhawi bahawa zikir secara jama'ah itu dibolehkan. Malah alImam asySyaheed Hasan alBanna dalam risalah alMakthurat (risalah zikir dan do'a wadzifah sughra dan kubra) menggalakan para Ikhwan dan umat Islam membaca wirid2 alMakthurat (zikir dari Nabi saw) baik secara kolektif dan sendirian. Ini kerana kita dalam keadaan lemah dan melalui proses kebangkitan semula umat Islam, maka mereka perlu dibina kembali amalan2 yg sudah lama mereka tinggalkan,: zikir dan do'a. Namun kalau kita semak dalam kitab2 kajian terhadap sunnah dan bid'ah, para pengkaji sepakat bahawa amalan berzikir secara kolektif dengan melanggar adab2 mesjid dan zikir yg tidak makthur ini adalah bid'ah. Pendapat Islam Online dan Imam Hasan alBanna ini adalah jalan tengah atau kompromi kepada aliran keras yg membid'ahkannya dan aliran tradisional yg melakukannya dan menganggapnya ia adalah suatu sunnah yg hasanah.

2. Berdo'a bersama-sama Imam selepas setiap kali solat. Fatwa Islam Online ini juga adalah pendapat yg berkompromi atau jalan tengah antara dua laliran yg keras. Hakikat sebenarnya ia bukan amalan salaf dan jika dilakukan juga adalah dalam rangka mengajar makmum sahaja. Kalau kita halusi fatwa Islam Online mereka menyarankan siapa yg nak tunggu Imam berdo'a pun boleh dan sapa yg nak berdo'a sendiri pun harus.

3. Zikir, selawat dan do'a selepas tarawikh. Klau kita halusi fatwa Islam Online, nampaknya mereka tidak menyukai amalan ini. Di Malaysia, amalan ini semasa saya kecil dulu adalah amat jelas sekali bid'ahnya, di mana selawat dan zikir ini dijadikan alat berlawan di antara suatu surau dgn surau yg lain, untuk bermegah-megah, surau/mesjid mana yg lebih kuat jeritannya. Maka cara pelaksanaannya tidak mencapai tujuan selawat dan zikir bahkan jeritan/pekik selawat itu amat ganjil sekali dan kita ingin bertanya untuk apakah jeritan2 itu.
Rumusan: Fatwa2 Islam Online itu adalah kompromi antara aliran kiri dan kanan sebagai rawatan sementara kepada kekeliruan dan pergaduhan umat Islam dlm isu2 khilafiah. Namun, kalau kita meneliti hasil karya dan latarbelakang mufti2 yg berada di Islam Online, terutama Dr Qardhawi, mereka adalah dari aliran pertengahan yg tidak memihak kepada aliuran salafiya/wahabi yg keras membid'ahkan kaum muslimin atau aliran tradisional dan madzhabik yg terlalu rigid atau mempermudahkan semua urusan agama atas alasan bid'ah yg baik. Anda perlu lebih banyak belajar dan mengkaji manhaj para mufti tsb dan tidak cukup dengan melihat fatwa mereka dalam sesuatu isu sahaja.
User 
avatar
thtl
Maqam 6 Maqam
 6
 
Posts: 6711
Joined: Aug 22nd, '01, 02:00
Location: KL/WP/Mal

Salawat Dalam Solat Tarawih

Salawat Dalam Solat Tarawih

Selawat pada sembahyang Tarawih

E-email: izhair@hotmail.com
Soalan: Bagaimanakah hukumnya orang yang shalat terawih, apabila tiap2 sudah memberi salam terus imam atau bilal membaca selawat Nabi dengan suara yang kuat serta membaca bermacam2 selawat. Makmumpun juga membalas sebagaimana imam tadi dengan suara yang keras juga.Adakah ini sudah pernah dijalankan oleh Nabi atau sahabat2nya?

Terima Kasih

Jawab
http://ahkam.hypermart.net
Berasaskan Fikah & Usulnya

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, inilah jawapan yang dipohon:

Menurut syeikh Athiyah Saqr:
Di sana tiada nash yang menegah daripada melakukan zikir (termasuk selawat) atau doa atau bacaan al-Quran pada perceraian setiap dua rakaat tarawih atau setiap empat rakaat. Ia termasuk di bawah keumuman perintah syarak agar berzikir dalam setiap keadaan. (lihat Ahsanul Kalam Fil Fatawa, vol 7, hal. 243)

Katanya lagi:
Dan memang, para salafus soleh tidak melakukannya, tetapi ia bukanlah sebagai dalil atas larangan terhadap perkara berkenaan. Manakala riwayat yang menceritakan tentang larangan mereka tentang perkara ini adalah tidak dapat dipercayai. (ibid.)

Katanya lagi:
Perceraian antara dua rakaat atau empat rakaat ini, dapatlah kita samakan dengan apa yang dilakukan oleh penduduk Mekah. Di mana mereka akan melakukan tawaf 7 X untuk setiap 4 rakaat ( 2 tarwihah). Sedangkan penduduk Madinah pula menggantikan tawaf oleh penduduk Mekah dengan menambah bilangan rakaat, sehingga menjadikannya 36 rakaat. (ibid.) (Al-Iqna', vol. 1, al-Khatib al-Syarbini)

Katanya lagi:
Cara begini tidak digolongkan sebagai bid'ah yang dikeji. (ibid.)

Masalah:
Makmumpun juga membalas sebagaimana imam tadi dengan suara yang keras juga.

Jawab:
Berzikir beramai-ramai selepas solat dsbnya (termasuk dlm kes ini) ada pertikaian di kalangan ulamak. Sebahagiannya menganggap ia sebagai bid'ah, sebahagian yg lain adalah sebaliknya. Ini adalah berdasarkan beberapa hadis mengenainya.

----------------
Kesimpulan:
1. Zikir, selawat dsbnya, boleh dilakukan jika mahu untuk setiap dua rakaat atau empat rakaat tarawih.
2. Boleh atau tidak melakukannya secara beramai-ramai adalah masalah khilafiyah.

zain y.s

Sekian. Wallahu a'lam.
aL-AHKAM online
Berasaskan Fikah & Usulnya

05-013 : Selawat Antara Solat Tarawih

05-013 : Selawat Antara Solat Tarawih

Home - Soal JawabFeqah: Solat
Soalan:
Jika boleh mohon disegerakan jawapan.
Saya telah dilantik untuk membaca solawat semasa solat tarawih berjamaah di surau. Saya masih ragu2 untuk meneruskannya kerana bimbang ia adalah bid’ah. Persoalan saya adakah bacaan tersebut termasuk dalam bid’ah?
Terima kasih.
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Berselawat dianjurkan oleh syarak secara umum. Boleh dilakukan oleh mana-mana individu muslim bila-bila masa termasuklah antara rakaat2 sembahyang sunat.
Tetapi menganjurkan selawat dengan tatacara tertentu, dengan tertib tertentu, bacaan2 tertentu, dibuat secara beramai-ramai secara nyaring, dan ditetapkan pada setiap kali rakaat solat terawih, sebagaimana amalan masyarakat Melayu hari ini adalah satu bidaah, kerana menepati definisi bidaah.
Kerana Bidaah ialah: Satu bentuk amalan dalam agama, yang diada-adakan, yg menyamai syariat, dengan tujuan untuk berlebih2an dalam beribadat kepada Allah. (al-I’tisham 1/37).
Oleh itu, kami mencadangkan:
-jika anda berpengaruh dalam menentukan keputusan surau atau masjid, anda hendaklah mencadangkan supaya dimansuhkan amalan tersebut, dengan cara berhikmah.
-jika tidak mampu, hendaklah berlepas diri daripada menjadi ketua/ikutan dalam perkara bidaah. Sekurang2nya itu adalah satu tanda anda cuba mencegahnya dengan hati.
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Selawat pada sembahyang terawih

Selawat pada sembahyang terawih

Posted by bro_JSE 03 September 2008
Soalan:
Bagaimanakah hukumnya orang yang shalat terawih, apabila tiap2 sudah memberi salam terus imam atau bilal membaca selawat Nabi dengan suara yang kuat serta membaca bermacam2 selawat. Makmumpun juga membalas sebagaimana imam tadi dengan suara yang keras juga.Adakah ini sudah pernah dijalankan oleh Nabi atau sahabat2nya?

Terima Kasih.....

Jawapannya:

Menurut syeikh Athiyah Saqr:
Di sana tiada nas yang menegah daripada melakukan zikir (termasuk selawat) atau doa atau bacaan al-Quran pada perceraian setiap dua rakaat tarawih atau setiap empat rakaat. Ia termasuk di bawah keumuman perintah syarak agar berzikir dalam setiap keadaan. (lihat Ahsanul Kalam Fil Fatawa, vol 7, hal. 243)

Katanya lagi:
Dan memang, para salafus soleh tidak melakukannya, tetapi ia bukanlah sebagai dalil atas larangan terhadap perkara berkenaan. Manakala riwayat yang menceritakan tentang larangan mereka tentang perkara ini adalah tidak dapat dipercayai.

Katanya lagi:
Perceraian antara dua rakaat atau empat rakaat ini, dapatlah kita samakan dengan apa yang dilakukan oleh penduduk Mekah. Di mana mereka akan melakukan tawaf 7 X untuk setiap 4 rakaat ( 2 tarwihah). Sedangkan penduduk Madinah pula menggantikan tawaf oleh penduduk Mekah dengan menambah bilangan rakaat, sehingga menjadikannya 36 rakaat. (Al-Iqna', vol. 1, al-Khatib al-Syarbini)

Katanya lagi:
Cara begini tidak digolongkan sebagai bid'ah yang dikeji.

Masalah:
Makmum pun juga membalas sebagaimana imam tadi dengan suara yang keras juga.

Jawapan:
Berzikir beramai-ramai selepas solat dan sebagainya (termasuk dalam kes ini) ada perselisihan di kalangan ulamak. Sebahagiannya menganggap ia sebagai bid'ah, sebahagian yg lain adalah sebaliknya. Ini adalah berdasarkan beberapa hadis mengenainya.

Kesimpulannya:
1. Zikir, selawat dan sebagainya, boleh dilakukan jika mahu untuk setiap dua rakaat atau empat rakaat tarawih.
2. Boleh atau tidak melakukannya secara beramai-ramai adalah masalah khilafiyah.

zain y.s

Sekian. Wallahu a'lam.

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih

sinar3.jpg

Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian?

Khir, Shah Alam.

Jawapan Dr MAZA: Saudara, semoga kita semua menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan ibadah yang diterima Allah. Semoga jiwa kita semua penuh keikhlasan dan kasih-sayang sesama muslim. Malang sekali, fanatik atau taksub telah melahirkan penceramah-penceramah yang ‘terbabas’ sehingga berbicara apa sahaja yang dia suka tanpa menyemak terlebih nas-nas yang sabit. Untuk soalan saudara saya sentuh beberapa perkara berikut;

1. Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:
“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar r.a yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan atau zaman pensyariatan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan, namun berhenti bimbangkan Allah fardukan kepada umat sedangkan umat ini mungkin ada yang tidak sanggup.
Maka dari hadis ini, solat tarawih berjemaah adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. ‘Umar pun menghidupkannya kembali. Pada zaman Abu Bakr, terlalu singkat masanya, dan mungkin beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad dan seumpamanya, atau beliau tidak melihat keperluan untuk itu.
2. Justeru itu al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) dalam karyanya al-I’tisam mengulas hadis ini dengan berkata:
“Renungilah hadis ini. Ia menunjukkan kedudukan solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan. Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardukan. Tidak menunjukkan ia dilarang secara mutlak. Ini kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri’ (perundangan)..” (m.s 147, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Adapun berhubung dengan perkataan Saidina ‘Umar yang menyebut solat tarawih pada zamannya “sebaik-baik bid’ah hal ini”, al-Imam al-Syatibi mengulas:
“Dia menamakannya bid’ah hanya disebabkan pada zahirnya setelah mana RasululLah s.a.w meninggalkannya. Sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr r.a. Bukannya bid’ah pada makna (syarak). Sesiapa yang menamakan bid’ah disebabkan hal ini (muncul semula), maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama (istilah). Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid’ah” (m.s 147-148).
Maksudnya bid’ah yang disebut oleh Saidina ‘Umar adalah disudut baru muncul semula setelah Nabi s.a.w tinggalkan, maka ia dari segi bahasa boleh dinamakan bid’ah. Bukan bererti keharusan membuat bid’ah yang dilarang syarak.
3. Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:
“Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik).
Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang ‘Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat, riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka riwayat dua puluh dianggap shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.
Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan dua puluh. Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah. Itu adalah dakwaan yang melampau dan zalim.
4. Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:
“Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah menyanggahi sunat Nabi s.a.w. Bahkan ramai ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.
5. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:
“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).
6. Adapun dakwaan bahawa sesiapa yang tidak berselawat semasa solat tarawih sesat maka itu adalah dakwaan yang melampau. Apakah beliau ingin menyatakan seluruh dunia Islam yang sebahagian besarnya tidak berselawat, termasuk Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi itu sesat?!
Selawat beramai-ramai semasa solat tarawih itu tidak dilakukan di zaman Saidina Umar, juga khalifah al-Rasyidin yang lain. Jika pada zaman Saidina Umar dan Saidina Uthman mereka bersalawat dan menyebut nama khalifah-khalifah selepas Nabi s.a.w seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak di negara ini, tentulah para sahabat tidak tertanya-tanya lagi siapakah bakal mengganti kedua khalifah tersebut selepas kewafatan mereka. Tentu tiada perbincangan lagi dalam menentukan para khalifah semasa zaman sahabah. Ini menunjukkan hal ini tidak dilakukan oleh para sahabah. Mencontohi Nabi s.a.w dan para sahabah dalam ibadah adalah paling baik dan selamat.
7. Di sana ada riwayat yang sahih
“bahawa Nabi s.a.w berwitir dengan membaca Surah al-A’la, al-Kafirun dan al-Ikhlas. Baginda menyebut selepas member salam Subhana al-Malik al-Quddus sebanyak tiga kali dengan memanjang dan mengangkat suara baginda” (Riwayat al-Nasai, Abu Daud dan Ahmad).
Maka, jika kita mencontohi perbuatan tersebut, ia merupakan sunnah.